-->
NUR AMIRAH SULAIMAN :)

Friday, August 26, 2011

Photo Editing Contest By Eien Razak & Dayah Jelita

Posted by mira sulaiman at 7:30 AM

okay kali ni ak msuk lagi contest :D . saja isi masa lapang . btw , contest ni korang kena letak gmbr sebelum dan selepas edit . ikut kreativiti korang laaa . aku da try . kalau korang nk try , boleh klik sini . 

let's start . to EIEN RAZAK and DAYAH JELITA , i've prepare two picture sbb tak tau nak pilih yang mana satu . boleh eh ? ;) 

picture 1 :
sebelum

selepas :) 

gambar sebelum tu , agak pucat sikit so ak letak matahari kasi terang sikit . see ? sampai cair kepala kengkawan aku . panas sangat lettew ^^ .

picture 2 : 
sebelum

selepas

yang ni pulak aku kasi blur kan muka mereka² dgn dua effect . tak de la menarik sgt tp aku suka :)

kawan bertuah :  MY DEAREST FARI , jom la join sekali :) ! menang ke tak , blkg citer . time ni la nk tunjuk bakat terpendam tuu . haha .

done ! bye :)

p/s: kalau besarkan gambar tu mungkin lg nmpk perbezaan dia :)
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, August 19, 2011

LOGHAT MELAKA ^^

Posted by mira sulaiman at 6:39 AM

okay hai hari ni entry pasal loghat negeri kelahiran aku . MELAKA ! yeah :) tadi time bukak fb je , ak dpt app request pasal nak buktikan "adakah anda orang melaka sejati ? " muahaha . tak payah nak bukti sgt laaa . aku memang org melaka sejati kot . see , aku dapt 11/12 . ok la tu kan . =P

erm before dis kat matrix , orang selalu cakap orang melaka kasar tp bg aku tak laaa . loghat or cara org melaka ckp tu yg agk kasar kdg² tp hakikatnya , orang melaka sama je cm org kl , johor , selangor or mane² je . kasar tu just pcakapan jelaa , aku admit jugakla yg aku ni agak la kasar time cakap , haha sampai teacher bi aku (org melaka jugak) pon dok hawau² dgn aku . sabar jela . haha ok sebenarnya ada sikit loghat melaka yg ak nak share dgn korang ni . sila baca ye :)

hawau = setaraf dengan bodoh (bukan xpandai)
lahabau = setaraf dengan bangang
lahanat = setaraf dengan celaka . 

hahaha . sopan kan ? kan ? kan ? yang bawah ni mesti ada yang x pernah dgr . :D

pelopak / lopak = bekas pensel
'nau' = sangat
kendian = kemudian / nanti
antu =  panggilan utk orang tua (Cth: antu dolah tu da kwin baru ler)
dak = si / budak (dak mira tu cantik kan ? haha)
gigal = sengal / kecoh
nyirap = marah (negeri lain pon tau nyirap ni apa kot)
lorat = mengada ngada 
himul = degil 
tiak = panggil
mengembuh = buat sepah
membokoh = makan
godak = kacau 
birah = miang
kahau = kasar
kensal = tuala
bongkau = membongkang / tidur

aku ingat ag masa kat matrix , aku cakap ngn kawan aku : 
"wey hulurkan pelopak aku tu "
"nah" (sambil hulurkan purse aku dengan confident)
"kau ni buat lawak pulak , cepatla aku nak marker ni"
(blurrr) "kau ckp apa sebenarnya , aku x paham"
"aku nak pelopak la , xkan pelopak pon kau xtau sepuk kang"
"pelopak tu apa ? pensil case ae ? "
baru aku tau time tu orang melaka je panggil pensil case tu pelopak .. haha .


p/s: orang melaka baik² tau :) dont judge a book by its cover !
4 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, August 17, 2011

2PM SHOW !!

Posted by mira sulaiman at 8:47 PM
hoi hoi . lame da aku tak updat belog kan ? takde idea laaa =( . plus bz nak raya ni . konon kemas umah la . padahal kemas umah 1-2 jam , on9 3-4 jam kan ¿ lek luuu . raya lambat lagi kot . nanti lap habuk awal² , sat g lg 2 ari nak raya abuk dtg balik . so kemas la lmbat² sikit pon takpe . haha . yang pentingnye puasa okay ;)

sume org eksaited except junsu sebab dia penat *kononya :D

btw , kelmarin masa ak godek² kt youtube , jumpa la psl 2pm show ni . 2pm show ni sbenarnya 1 variety show yang di hoskan oleh 2pm sendiri tapi director dia amik among audiences yg trpilih la kot . 2pm show ni baru start dlm bulan julai ari tu kt channel SBS (xtau la cte channel ni ada kt astro ke x sbb aku xde astro ) . 2pm show ni bukan tiap² hari ada , sbb dia buat every weekend je . sekarang baru episod kelima kalau tak salah . so , for those who haven't watch this , silakan pergi download kt youtube sekarang . best gilaaaa oke .


nickhun menang utk challenge ni :)

taecyon's dish = horrible muahaha

the most hardest part they've to do ;)

sian wooyoung kena buli . =P

serius masa aku tengok cite ni , perut aku sakit gila weyh . da la lapar , pas² dgn lawak antarabgsa diorang tu , mmg sakit perut la kn aku gelak . gelak guling² weyh . nak menang punya pasal , ada je la taktik kotor diorg buat . part yg paling byk aku gelak ----> part diorang kena cmpak dlm swimming pool tnpa diorang sedar . cmne ? nak tau , tengoklaaa :D

p/s : tak sabar nak tggu next episode :D
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, August 11, 2011

ANUGERAH KUIH PALING HOT @ BAZAAR RAMADHAN !

Posted by mira sulaiman at 8:27 PM
bila bulan puasa , biasanya kita akan pergi bazaar Ramadhan kan ¿ aku selalu kirim ayah je . rimas la pulak sesak sesak kat situ . yang nak beli kuihnya lain , yang nk beratur tunggu roti john lain and yang berborak jumpa kawan lama pon ade ! grr .okay yang buat aku rasa cam kelakar bila time puasa ni , banyak kuih yang aku tak pernah jumpa and tak pernah dengar nama dia muncul . haha . so bila tengok ade member yang bagi award utk kuih² ni , aku pon tambah sikit list tu and buat jugak ANUGERAH KUIH PALING HOT DI BAZAR RAMADHAN (lebih kurang la) .

1. kuih paling famous kat zoo :
                           ---------->kuih badak berendam
pemenang : kuih badak berendam !!
takde rupa badak pon . macam mana boleh dapat title badak ni ? kompius laaa .

2. kuih penyakit lelaki kronik:
                            --------->kuih batang buruk
haha . tu diaaa kuih batang burukkk !!
haha . tau kan kenapa dia dapat award ni ? oke , bukan aku yang bagi title ni . member² yang bagi . kalau ikutkan ati aku , aku nk bagi title kuih paling lucah je kat kuih ni . haha !

3. kuih paling alim :)
                            --------->kuih ketayap
kuih ketayap ni kalau letak atas kepala jadi ape ? 
yeah baby . aku suka la orang alim² ni , kalau ada kuih paling alim ni pon , aku nak suka jugak laaa . btw , aku x tau lak nama kuih ni ketayap . aku selalu panggil kuih dadar je , sebab mak aku panggil kuih dadar :D

4. kuih yang agak memualkan :
                              ------->kuih tahi itik
kuih taik itik nama diberi . haha .
haha . kuih ni bukan memualkan dari segi rasa , tapi dari segi nama , eeeuuww . takde nama lain ke ¿ kenapa mesti tahi ? hahaha . nasib baik kat melaka , kuih ni x famous . kalau ada pon kuih ni , mcm tak sanggup je nak makan . ;)

5. kuih kaki pukul :
                             -------->kuih lompang
nama buruk , tapi kuih cantik la pulokk .
amekkaw ! kojo nak meLOMPANG orang je kan , kan da dapat title kaki pukul da . apehal nama kuih ni lompang ek ¿ setahu aku , masa nak buat ni , xde nak kena lompang apa² pon :D

6. kuih anti-keamanan:
                                 -------->kuih bom
pemenangnya jatuh kepada---> KUIH BOM !!
grrr . kalau bagi kuih ni kat negara Palestin sana , sure diorang tak nak makan kalau diorang tau nama kuih ni . nta pape la kan letak nama bom . takde rupa bom pon . rupa suface bulan ada la . haha

7. kuih paling gangster :
                                 ------->kuih lompat tikam
nama saya kuih lompat tikam
ha , kuih lompat tikam ni aku tak sure la pulak kan kenapa dia dapat title kuih paling gangster . lompat tikam tu gangster ke ¿ hahaha . btw , nama kuih ni tak padan langsung dengan rupa dia ! aku pon tak pernah jumpa kuih ni . 1st time jumpa kat google la !!

8. kuih awet muda :
                               ------>kuih seri muka   
woot woot . kuih seri muka latewww .
ni diaaaa . kuih maintain cun je selalu kan ¿ even kalau kuih ni da hancur pon , nama dia still kuih seri muka . pencuci muka sari ayu martha tilaar tu amik nama dari kuih ni la gaknye kot . ^^

9. kuih yang tak patut dicontohi :
                                  ------>kuih talam       
nama kau kuih talam kan ? 
setahu aku kuih talam ni ada banyak jenis . ada kuih talam ubi , kuih talam gula merah tapi aku panggil diorang dengan 1 nama je kuih talam dua muka . hahaha . korang jangan ikut kuih ni tau , tak baik jadi talam dua muka . sume orang benci nanti ;)

10. kuih paling selekeh :
                               ------->kuih serabai  
this is kuih serabai
nama pun kuih serabai kan ¿ memang padanla dapat title kuih paling selekeh . haha . serabai jek kan . kalau jodohkan dengan kuih seri muka pon style jugak . yg 1 kuih paling cntik , 1 lagi kuih selekeh . elok sangat la tuu~~

okay , done with dis stupid award ! ada idea lain ? share la ye kawan kawan ^^ hihi . see u on ma next entry ! papai =D
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, August 9, 2011

GOLDEN CHURN BUTTER

Posted by mira sulaiman at 9:11 PM
maybe ramai yang da tau pasal ni kan and same goes to me . for those yang still tak tau pasal butter ni , sini aku gtau . golden churn butter (gcb) *bukan burger mcD tu la dol!* , ni butter yang diimport dari New Zealand . biasanya butter ni dgunakan oleh peniaga biskut raya , kek or yg sewaktu dengannya sebab yang specialnya pasal gcb ni ialah bau dia wangi .

btw ,  mula² JAKIM ada sahkan yang gcb ni halal dan tak mengandungi DNA babi tapi Majlis Islam Sarawak kata haram sebab ada DNA babi . so lepas buat mesyuarat dgn agensi berkaitan benda ni sume , GOLDEN CHURN BUTTER disahkan haram sebab mengandungi DNA babi . bila tau pasal benda ni , i was like
"waddepak ! aku , mk and akk selalu buat kek pakai butter ni la . darah kami telah bersatu padu dengan dna babi . warghhhhhhh . "
rasa cm nak samak je perut ni kalau boleh . yang tak boleh blahnya lagi , sebelum berita ni kuar , mak aku da beli 3 tin butter ni awal² kononnya utk buat kuih raya nanti . bila da kuar psl ni , rasa cam rugi pulak . da la mahal gila . 1 tin tu rm13-rm15 kot . mak aku ckp
"xpe la , nanti kte buat kek pakai butter ni , abiskan . pastu bagi kat nepal sebelah umah . diorang bukan kira halal ke haram" .
 haha . yeah . problem solved !
cenggini la rupa butter tu .

tapi kesian kat peniaga kek lapis sarawak sbb ramai da boikot diorang . yela , before dis diorang memang pakai butter ni utk buat kek tu . lepas tau yang gcb ni haram , diorang da cakap kt customer yang diorang x kan pakai butter ni lagi but customer ni sume x nak percaya . diorang cakap kek lapis sarawak ni kek babi . how come ¿ kesian peniaga² kek ni . bagila diorng peluang . masa tu diorang bukannya tahu yang gcb tu haram . jangan tutup periuk nasi diorang . da la nak raya ni . urmmmm . jap² . tiba² teringat . aritu aku ada kirim jiran aku kek lapis sarawak dari sarawak . kek tu aku and akak da makan . tinggal separuh lagi dlm peti sejuk . rasanya , halal tak kek tu ? sebab kek tu kitorang dapat sebelum berita ni kuar . omaigoddd . bala !


0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

anak kembar 4 ?

Posted by mira sulaiman at 8:23 PM
memang la tak mustahil dapat ank kembar 4 tapi jarang kot dapat . btw , aku baca surat khabar semalam gtau ada seorang doktor ni dapat anak kembar 4 . baca je tittle dia , aku rasa mcm "omaigod . empat sekali ? bapak best !" . haha . memang aku suka sgt bila tengok orang dpt anak kembar . lagi² yang seiras tu . rasa comel gilaaaa muka sama =) . okay back to the topic . si ibu ini , Dr Jasmina Qamaruz Zaman dgn suami dia Hazli Zakaria da ada seorang anak sebelum ni . tapi lepas 7 tahun lahirkan anak pertama baru dia dapat anak yg kedua tu . eyh . serentak sekali la dgn anak ketiga , keempat and kelima . haha . sumpah style gila !

untuk dapat anak ke 2 tu , macam² cara diorng try tapi takde rezeki so diorang ni try la wt persenyawaan dalam rahim (IUI) and doktor pun mula² da gtau diorang yg diorang boleh dapat anak kembar tapi dia x sangka la anak kembar 4 . tapi lepas 3 minggu disahkan pregnant tu dia da tau da yg dye dapat anak kembar 4 bila dye pergi scan . sekarang ni yang aku terpikir , mesti besar gila perut dia kan time pregnant ? yela , yang pregnant anak kembar 2 pon aku da cukup gerun tgok perut yang besar gila , ni kan yang kembar 4 . mesti susah kan ? tp Alhamdulillah la anak dye yang empat² tu lahir sempurna , sihat without any complication .


based on gambar yang aku tengok kt surat khabar , aku rasa anak dye yg 2 orang laki tu seiras and yang lagi 2 orang perempuan tu seiras . kira macam kembar seiras perempuan and lelaki . ni kalau nak daftar sekolah ni kena kerja keras la kan ? haha . sekali 4 kot . pape pon , congrats to both of u :) kirim salam kat si comel comel comel comel tu tau .
2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Gua Mau Manja Manja Sama Lu

Posted by mira sulaiman at 6:06 AM
sudaaaa . jangan dok perasan . aku bukan nak manja ngan korang laaa . ni nama contest kat bawah ni ha . pelik kan tajuk dia ¿ haha . takpe , cuba nasib je . 


okay . ni sebenarnya contest utk carik bloglist friend yang baru untuk tuan tanah kedaung ni laaaa . nak tau pasal contest ni boleh klik sini---> Wanz Mejuez . aku taknak cakap banyak lagi . korang tengok sendiri la ye . gud luck to ya allz and thanks to mejuez sbb buat contest ni . ;)

kbai .
1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, August 8, 2011

AISKRIM =)

Posted by mira sulaiman at 9:36 PM

grrr . nampak sedap kan ¿ okay hari ni aku nak bebel pasal aiskrim . boleh kata sume orang dlm dunia ni suka aiskrim kan . and same goes to me . tengah puasa ni , lapar , ngn panas lagi .. tbe² terbayang benda ni . so , aku pon decide utk buat entry pasal aiskrim ni .

tengok member² citer pasal tutti fruti , aku rasa cm "omg........sedap gilaaa!" . tp malangnye la kan nasib aku , tutti fruti takde kat melaka la pulakk . tak nak untung kot diorang . tak kan aku nak pergi seremban semata² nak carik tutti fruti tu kot . cm x logik je . so , ada yg suggestkan pergi pinkberry kt Dataran Pahlawan . haha , tengoklah nanti ye . time raya nanti aku carikk . siap kauuu ! erm ,. ada jugak yang ajak pergi baskin robbins . urghh sedap mmg sedap tapiiiiiii harga dye 'murah' x ingat pulak kan . kecik cenonet je askrim dye tp da rm10++ . rasa mcm membazir . so , baskin robbins da msuk dlm blacklist aku . sorry .

aiskrim oreo . perghhh . nak menangis aku tgok .

ehem² . sweet gila rupa korang . nak 1 boleh ?

nanti kite jumpa kat DP ye awak ;P

haha . oke , sebenarnya ada manfaat / kelebihan aiskrim ni . jangan ingat makan aiskrim tu x de faedah . ada byk jugak faedahnya .

1. aiskrim boleh bagi ketenangan pada orang yang tengah 'panas' . (depends on orang tu jugak la)


2. kandungan susu dalam aiskrim ni ada lebih kurang 20-30 peratus . Ia tersusun dari laktoferin yang berperanan sebagai zat pertahan tubuh non-spesifik terhadap patogen (agen yang menyebabkan enyakit, terutamanya organisma seni seperti bakteria dan virus). Laktoferin juga memiliki peranan antivirus terutamanya terhadap sitomegalovirus, influenza dan HIV.
sedapnya buah strawberi tuuu . dugaan betol la !

3. susu kan mengandungi kalsium . so , kalsium dalam aiskrim ni secara tak langsung boleh bermanfaat untuk menjaga kepadatan jisim tulang , mencegah osteoporosis , kanser dan hipertensi .


4. aiskrim x menyebabkan batuk or selsema sebab masa askrim ni masuk dalam mulut , askrim ni akan terus cair . proses pencairan ni berlaku dengan pantas sebab kesan pengaruh suhu badan and askrim yang da msuk kat krongkong tu pon tak sesejuk air batu . 


5. tindakan menguyah aiskrim oleh kanak² boleh sebabkan gigi diorang kuat :)


6. kesejukan aiskrim tu boleh rawat sifat cepat lupa yg keterlaluan . x caye ¿ aku punnn . haha

comelnyeeee awak ! grrr . 


7. zat dalam aiskrim jugak boleh memulihkan penyakit insomnia .


see ? banyak kan manfaat . so pe lagi ??? jomlaa bawak aku g makan aiskrim cepat . berbuka malam nanti kita g ye . c u then , papai ! ^^


0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, August 7, 2011

NIKAH KHITBAH

Posted by mira sulaiman at 8:58 PM
tadi , aku ada terbaca status member kt fb yang cakap psl nikah khitbah ni . maybe ada yang da tahu and maybe ada jugak yang belum tau pasal nikah khitbah ni . okay let me explain . Nikah khitbah ni dalam kata lain , maksudnya nikah gantung . nikah khitbah ni sebenarnya merupakan salah 1 cara untuk nak elakkan zina + pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan sekarang . Yelah , zaman sekarang kalau da couple tu mesti nak dating berdua , nak tersentuh sentuh bagai kan ? lagi² kalau ada pihak ketiga yang bertanduk tu . things will be worst kan bila 'dia' dtg ? and ni lah salah 1 cara nak atasi sume masalah tu .
rukun nikah ni sama je dengan nikah biasa . ada wali , bakal suami , bakal isteri , aqad dan saksi . cuma bezanya , pasangan suami dan isteri x duduk sebumbung atas persetujuan kedua² belah pihak and keluarga kedua² belah pihak atas keadaan/sebab tertentu . contohnya....
× pasangan suami isteri tu masih belajar and tak mampu nak sara hidup
 ×  masing² belajar jarak jauh
so, dengan cara ni , banyak kelebihan yang couple² out there boleh dapat .

 KEBAIKAN NIKAH KHITBAH :


1. pasangan ini merupakan pasangan suami isteri yang sah dari segi undang² Islam even takde majlis bersanding ke ape . so , kalau pasangan ni nak keluar dating , tengok wayang or anything else benda tu tak jadi masalah . kalau diorang pegang tangan , or terlanjur pun tak berdosa sebab diorang suami isteri .

2. kalau si perempuan ni pregnant pon tak de benda yang nak kena risau or malu sebab si perempuan tu isteri kepada si lelaki and anak yang bakal dilahirkan tu pon anak yang sah .

so pada sesape yang ber'couple'²an tu , baik korang tanya parents korang pasal benda ni . tak payah nak keluarkan duit beribu riban pun , just kuar duit utk bayar mas kahwin je . kalau korang rasa kahwin awal ni takde life , cuba korang pkir balik . kahwin lambat tp banyak buat maksiat tu ada life ? maybe ada tp kt akhirat nanti ada life x ¿ mcm tak je kan , so lu pikirlah sendiri ae .

Assalamualaikum .

sumber : http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5828:nikah-khitbah-satu-alternatif&catid=69:artikel
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

sirah ameerah =)

Posted by mira sulaiman at 7:33 AM
tu nama tajuk cite kat tv9 bukan cerita pasal aku . harap maklum . oke , hari tu aku ternampak iklan cerita ni kat tv9 so aku decide utk tengok . sebab pe aku nak tengok ? first , ada bienda (aku tak minat dia tp x tau nape dia jadi salah 1 sebab) . second , sebab nama aku ada dalam tajuk cerita tu la ! haha . third , sebab dia cerita pasal wanita yg hidup masa zaman Rasulullah S.A.W . ^^ .

heh mira , kau bukan princess hurora , kau princess huruhara !

tadi , dalam cerita ni si Bienda tanya budak² yang ada dekat situ .
"siapa tau , apa maksud amirah ? "
aku pon jerit dari dalam umah . PUTERI ! dengan semangatnya aku jawab even aku tau dia tak dengar pon aku jawab . then budak² tu jawab :
"tak tau !"
bienda : "amirah tu puteri dalam bahasa arab"
aku tersengeh macam kerang busuk . bangga maksud nama aku puteri . hahaha . tak payah nak letak puteri pon kat depan nama =) . thanks mak ! sebab bagi mira nama sedap . hihi . sudaaa . korang tak percaya ? pergi arab sana tanya diorang okay ! ;)

kecik sangat kan ? dia tulis amirah = puteri , ratu =)


0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, August 6, 2011

mira fobia dengan.....................................

Posted by mira sulaiman at 10:52 PM


KATAK ! yup . aku memang fobia gilaaaaaaaaa dengan katak . see , gambar pon aku letak yang kartun punya je sebab katak versi kartun je yang aku tak brape geli . katak betul tu erghhh , sumpah geli gila . aku lagi rela jumpa hantu dari nampak katak !

sume ni jadi masa aku darjah 2 . sebelum aku darjah dua , aku rasa aku oke je . takde la nak fobia gila ngan katak . geli tu mmg ada cuma takde tahap maksimum macam sekarang . ermmm , cerita dia camni . masa tu pukul 7 pagi , ready nak pakai kasut pergi sekolah . then aku sarung kasut . tiba² .....
"apesal ketat semacam je ni . stokin semalam aku tak keluar kan lagi kot . mampus kena marah ngan mak ni . stokin yang sebelah dah masuk dalam baldi da . abis ! "
kau ingat kau buat mcm tu kau comel la ?

aku buat monolog dalaman . lepas tu , aku dengan konfidennya seluk dalam kasut kononnya nak amek stokin . sekali , amik kau ! katak melompat kuar dari kasut aku . aku terus menjerit , terkejut and terus menangis . mak aku keluar tengok , pastu gelakkan . haha . and till now aku fobia dengan katak . kalau aku dengar mak cakap ada katak depan umah , aku soh cepat² bawak dia g jauh jauh . aku tak nak langsung bersua muka dengan beliau . grrrr . geli !!!
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

6th day of Ramadhan =)

Posted by mira sulaiman at 9:27 PM
semalam , hari sabtu genaplah 6 hari umat Islam puasa including me . tak ponteng lagi tau . baik tak aku ? ^^ . okay aku nak citer pasal apa yang da jadi semalam . hurmmm . jeng jeng jeng . cenggini ceritanya , pukul 8.30 pagi camtu mak da kejut ajak pergi Masjid Tanah . buat itu buat ini , kol 10 lebih kurang baru gerak .  pergila family store carik brg nak buat kuih . carik punya carik sekali tengok "woit . apasal brg nk buat kuih ni sikit je ? mana yg lain ? xkan da abis kot . awal lagi aku dtg ni . kedai pon baru bukak" . tauke FS ni x nak untung gak nye . naik kt tingkat atas nak carik pelita . haha . tiba² tahun ni rasa mcm nak pasang pelita sebab lama gila da tak pasang pelita . then , carik punya carik , sekali jumpa 2, 3 je batang pelita yg macam obor tu . aku ulang lagi sekali 2, 3 batang sahaja ! eyh , waddepak . macam tak nak kasi aku rayer je . hampeh betol .


kau kenapa budak ? aku bengang . bukan terkejut la ! grrr .

geli kan ?
oke , dgn muka 70sen , aku ikot mak , ayah and akak aku masuk kereta menuju destinasi seterusnya . muahaha . pergi jalan kat pasar tani pulakkk . kt situ selalunya banyak jual tudung cantik² so ingat nak pergi sana , carik tudung cantik² and lupakan hal x dapat beli pelita . then bila sampai kat pasar tani yg jugak tapak bazar Ramadhan , guess what i've found ? pollution dude ! tau x , lalu je kt longkang tgok air longkang tu ijau semacam plus berminyak and berbau 'harum' .

aku bukan nak fitnah tapi aku tau ni mmg keje orang yg berniaga kt bazar Ramadhan sebab everytime bulan Ramadhan , tempat situ mesti agak tercemar . dgn minyak² kt jalan . keymonlaa . nak berniaga cara halal kena la halal dari semua aspek . jangan la buang lebih minyak makanan korang ke apa kt longkang . kan tempat public tu . asal korang tak buang kat longkang depan rumah korang je ? takut bau busuk kan ? ha , tau pulak . kesian la sikit kat pakcik kutip sampah tu , banyak kerja diorang kena buat , da la bulan puasa ni . haih .

okay . sambung cite pasal nak carik tudung . aku tengok orang jual tudung punya la ramai . mmg eksaited la . bile sampai je , "what ? x de jual selendang ? aku baru nak berjinak² ngan dunia selendang . time aku x nak pkai selendang , berlori² selendang kau jual" . aku da start buat monolog dalaman . aku bisik kat mak "pergi kedai depan tu pulak la" . mak aku slow slow belah dari kedai tu . pergi next station , semua tudung bawal . pashmina yg aku nak carik takde pulak . tak pe la , tengok tudung bawal ada tak yg match ngn baju raya . belek punya belek , tak jumpa pulak . next station lagi . dari jauh aku tengok mcm menarik je kain² dye . bila sampai , aku membebel sensorang "da kenapa kau jual semua tudung indon ? kau ingat aku minah indon ke ?
memang tak la aku nak joget kegirangan cam ni kan bila sume yang aku nak carik tak dapat . da give up , trus ajak mak balik .
 to makcik kedai tudung : jual la macam² jenis tudung cik . barulaaa laku . saya ikhlas ni bagi tips nk kasi makcik cepat kayo !

p/s: kalau ada sesape yang nak hadiahkan aku selendang pashmina , silakan . aku alu²kan .
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

PROMOSI BLOG SECARA PERCUMA ! C` AYOB

Posted by mira sulaiman at 9:44 AM

see ? since i'm new in blogging so , i decided to join this ! thanks c ayob sebab buat amal jariah bulan Ramadhan ni dgn cara tolong blogger promote blog . tolong promotekan blog strawberrycheese tau =) . to blogger : kalau ada sesiapa yg berminat nak promote blog korang , boleh join kat sini ---> C Ayob : Ilmu Asas Hidup . thanks c ayob and gud luck untuk yang nk join ! ^^
4 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, August 4, 2011

hari ke-4 Ramadhan

Posted by mira sulaiman at 7:42 AM
this is what u have to do in this month (bukan bulan ni je sebanarnye)

Alhamdulillah . da 4 ari da puasa . rasa heaven sgt² bila dpt puasa kt umah . yela , sebelum ni kan puasa kt mtrix . sahur makan roti , megi je dulu . buka pon balik² lauk same je . tp bila dpt puasa kt umah . hahaha . totally different meyh !!! nikmat gilaaaa .

sekarang ni yang aku rasa mcm pelik dgn org kt Malaysia ni , kenapa diorang suke sgt pasang lagu raya awal² ? keymonlaaaa . puasa baru 4 hari . ade lagi 25 hari tau x ? masa nk tiba bulan Ramadhan nape kau x pasang lagu Ramadhan kt tv . haih . baru 1st puasa da keluar iklan lagu balik kampung . teringat masa aku kecik² dulu . baru 1st day puasa , aku da soh mk pasang lampu kelip kelip dgn pelita . mk aku ckp kalau da seminggu ke atas baru la boleh buat semua tu . time Ramadhan kite concentrate la buat amal . bukan berlumba nk psg lagu raya . nt da seminggu or da 10 ari puasa baru boleh eksaited nk raya tauu . kalau puasa pon x cukup lagi , jgnla da eksaited pasang lagu raya . x feel la =) . kalau dari awal puasa kau dgr lgu raya , nt time raya , kau da jemu da dengar lagu raya . padahal time raya la sepatutnya kau excited . haha .

sorry la kalau de yang terasa . ni pendapat aku je . ^^ . bye .
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, August 3, 2011

TOP 5 UNIVERSITIES IN THE WORLD

Posted by mira sulaiman at 6:53 AM
entry kali ni aku nak tulis psl ranking universiti dlm dunia since skarang ni semua budak matrix heboh dok carik , ranking universiti dlm malaysia . mcm aku nk blaja oversea pulak kan ? whatever . ^_^ . oke , ranking dunia aku tengok dari byk sumber . sume nye lain² je result dye . so , aku amik average jela .
now , lets start .

5 universiti terhebat dalam dunia .


1. Harvard University , USA


asal bangunan dia 1 kaler je ? huh -.-'


2. Massachusetts Institute of Technology , USA
mcm planetarium kat melaka kan ;)


3. Yale University , USA
cool gila kalau u kt malaysia cenggini


4. University College of London
besar gila woi . camne nk cat bangunan ni ?


5. Imperial College London
yang ni nampak moden sikit bgunan dye .


nak tau Malaysia kat mane ? top100 ? salah ! malaysia kat nombor 419 . universiti mana ek ni ? jap g aku gtau .




* 7 universiti terhebat seluruh asia dan ranking dalam dunia


kenapa 7 ? aku punya suka la . nombor favourite aku =) jangan byk bunyik , jom tengok Malaysia de ke x dlm list ni .

1. National Taiwan University - ke-24 dalam dunia


cantiknyaaaaaa .


2. University of Tokyo - ke-34 dalam dunia
macam coklat cadbury disusun buat bgunan =D


3. Kyoto University - ke-56 dalam dunia
ni tempat belajar org yg buat air yakult tu kan ?


4. National Cheng Kung University - ke-67 dalam dunia


5. University of Hong Kong - ke-82 dalam dunia


6. National University of Singapore - ke-85 dalam dunia


7. National Chiao Tung University - ke-89 dalam dunia


malaysia x de dlam top 10 ye . harap maklum . universiti yg dapat ranking no 1 dlm malaysia ---> Universiti Teknologi Malaysia dapat ranking ke-47 dalam Asia dan ke-419 dalam dunia . Universiti Sains Malaysia pulak dpt ranking ke-48 dalam Asia . =)

hope info ni boleh membantu korang la ye . mana tau korang berhajat nk belajar kt u top ranked . last but not least , good luck ! ;)




p/s: thanks to Siti Aisyah Kamal sbb bagi idea =)
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

About Me

My photo
mira sulaiman
student of uitm campus arau :) course: bachelor of business administration of finance =) . me ? jenis kuat bercakap kalau de geng , kalau xde geng mmg org ingt saya pendiam :D
View my complete profile

Pages

  • Home

Lee Min Ho Suke Blog Saya!

Lee Min Ho Widget Malay Version

Daughter of Mr. Sulaiman .

Daughter of Mr. Sulaiman .

Blog Archive

  • ►  2013 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (14)
    • ►  July (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (5)
    • ►  January (3)
  • ▼  2011 (112)
    • ►  December (10)
    • ►  November (9)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ▼  August (17)
      • Photo Editing Contest By Eien Razak & Dayah Jelita
      • LOGHAT MELAKA ^^
      • 2PM SHOW !!
      • ANUGERAH KUIH PALING HOT @ BAZAAR RAMADHAN !
      • GOLDEN CHURN BUTTER
      • anak kembar 4 ?
      • Gua Mau Manja Manja Sama Lu
      • AISKRIM =)
      • NIKAH KHITBAH
      • sirah ameerah =)
      • mira fobia dengan....................................
      • 6th day of Ramadhan =)
      • PROMOSI BLOG SECARA PERCUMA ! C` AYOB
      • hari ke-4 Ramadhan
      • TOP 5 UNIVERSITIES IN THE WORLD
      • sekolah² luar negara .
      • JANGAN BERSEDIH , JADILAH WANITA PALING BAHAGIA :)
    • ►  July (8)
    • ►  June (6)
    • ►  May (18)
    • ►  April (10)
    • ►  March (13)
    • ►  February (5)
  • ►  2008 (3)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)

followers

my favourite blogs ^_^

  • Fatin Liyana
    Cara Atasi Susu Badan Terlalu Banyak (How to overcome oversupply of breast milk)
    6 years ago
  • The Life of Saz
    vice versa
    6 years ago
  • SNSD Korean
    10th Anniversary Approaching, the True Meaning Behind Girls’ Generation’s Name
    8 years ago
  • Tiara Fazlin
    Handphone itu dadah yang merbahaya
    9 years ago
  • izaryda yasin =)
    cubaan...satu..dua..tiga..
    12 years ago
  • IamHotWalkerz By CikSara
    *[Eng Sub] JayPark @ Saturday Night Live (SNL) Korea Episode 13*
    12 years ago
  • C` Ayob -Ilmu Asas Hidup
  • she is EIEN RAZAK
  • Dunia Seorang Remaja

they are my friendsss ! :)

  • mine and your world !
    Download MP3 - TOLONG Uut Permatasari , karya Imam Joend
    6 years ago
  • Cahaya Hati :)
    Masanya..belum tiba.
    10 years ago
  • ain farhana fauzi
    Final Piala Malaysia
    12 years ago
  • believe in style : asukajae hallyu and me keep in ONE!!!!!
  • Nursyazwani Abdul Rahman
  • baca dan senyum
  • shahfiqahrosli
  • my storymory :)
  • NOBODY IS PERFECT AND I'M NOBODY :)

TIME IS MONEY :)

Clock Widgets
Cuteki free cards
Cuteki cute & kawaii

ANNYONGHASAEYO :)

GOSSIP sana sini =)

nak shopping online takkk ?

MEYH LA BORAK² !

MY VISITORS .

JUST ASK ME AND I'LL ANSWER U .



glitter-graphics.com

HEAR ME :)

Picture Window theme. Powered by Blogger.