-->
NUR AMIRAH SULAIMAN :)

Saturday, February 11, 2012

HAPPY BIRTHDAY BEBELLLLL !

Posted by mira sulaiman at 7:14 AM



hari ni bersamaan dgn 11 Februari 2012 , maka genaplah 20 tahun kelahiran manusia sewel yang bernama Nor Nabilah binti Mansor :) *aku lupa ejaan nama kau sebenarnya* . oke fyi , budak nabilah a.k.a bebell ni my sweet bestfriend ever ! errr jap , sweet ke dowh ? alahai , beratnya tangan aku nak taip sweet ni . disebabkan ari ni besday kau , so entry kali ni akan ada unsur² memuji muji kau jela ye . HAHA . rilek bell , entry ni penuh dengan keikhlasan dan kejujuran . haih . kalau aku tak ikhlas , tak kuasa derr aku nak menaip entry pasal ni -.-' . and btw , sabar ye bell . sebab takde angka 1 lagi da dekat depan umur kau tu . kalau kau nak jugak angka 1 tu , tunggu la nt kalau umur kau panjang smpai 100 tahun nanti ae . and kau ni kira macam pangkat unnie la tau dengan aku . kau kena ingat unnie tu da tua , da membesar . so perangai pls la matang sikit ae . haih , muka matured , badan tinggi tapi perangai tak matured -.-' 


HOW DID OUR FRIENDSHIP BEGAN ?

both of them are my besties :)
bebell yang kiri and sebelah tu ain :)
oke , sebenarnya ak kenal bebell dekat matriks la and honestly masa 1st time aku kenal dia , aku agak annoying dgn perangai dia weyhhh . dia budak 2nd intake and bagi aku tu takde masalah cuma yg jd masalah bila dia budak 2nd intake tapi kecoh macam da lama masuk kelas . aku ingt lagi masa tu time KD , bebell dok belakang ak , cikgu tu buat lawak pe nta pastu dia macam over gelak and macam banyak cakap . aku dengan budak sebelah aku *tak ingat sape* da mngumpat dia . tak pasal je kan kitorang buat dosa kering ?  tapi lama² tu macam da boleh get along dengan dak bebell ni . and the 1st time aku sedar yang dia ni baik bila time buka puasa dengan budak prak kat astaka . masa tu ada ramai yang da balik bilik and ada sesetengah lagi tu stay kat astaka main truth or dare ( me and bebell pon join) . 


kau ingat lagi tak gambar ni ? oke muka aku nampak macam sgt baik . pffftt . bajet kot kau miraaaa ! oke sambung cerita . time ni aku dengan bebell share prob and masa tu mcm da ubah persepsi aku kat dia la . sorry bebell . hahahaha aku baru kenal kau time ni . dipendekkan lagi cerita , kitorang pernah gaduh sebab mulut masing masing . ahhh . aku kasar , dia kasar . tp problem aku ni , cepat tacing . sekali aritu hormon tak stabil , hamekkaw . berbulan tak tegur . Alhamdulillah lepas matriks , kitorang terlebih rapat . tapi agak sedih sebab bebell belajar kat sabah , aku belajar kat perlis . acane tu ? memang la perlis ngan sabah tu sebelah² je kan ? naik feri kat kuala perlis tu da boleh smpai kat labuan da . HAHA dekat je pon . *tangan di bahu mata ke atas .

PERSAMAAN MIRA DENGAN BEBELL 

1. Kitorang jenis cakap lepas . ni obvious . ada yg cakap : Mira ni nampak pendiam tapi sekali lepas , berapi weyhh . oke . sorry . That's me . and bebell jenis kalau tak puas hati , dye terus cakap . bila da lepas daripada mulut dia , baru dia sedar yg dia terlepas . HAHA yg ni aku perasan bell :D


see ? betapa kejamnya bebell . aku nak amik gmbr dia halang .
tak pasak nampak separuh kepala k je -.-' 

2. Kitorang merantau demi segulung ijazah . boleh tak cenggitu ? -.-' oke  bebell belajar kat Labuan , aku belajar kat hujung utara . choiii . bell selalu marah aku kalau aku cakap dia belajar kat sabah . eleyh , Sabah ngn Labuan kan lebih kurang je pon :P

3. Kuat membebel . Ha , padan la dengan nama kau bebell . dia suka berleter . kalau orang buat salah , mula la dia pot pet pot pet . aku pulak kuat bercakap . membebel but not berleter . suka bercerita tapi sometimes aku suka jugak membebel sampai ada yg cop aku garang . #eh ?

4. Aku suka KPOP and seriously obses gila ngan Kpop . dulu bebell minat Kpop tapi tak sure la dia minat lagi ke tak , aku pon lupa nak tanya . HAHA . dulu dye suka f(x) and i love snsd for sure !

5. Kitorang bangga dengan loghat negeri kitorang sendiri . Bell dengan loghat Pahang dia yg aku pon kadang² "ha ? ape dia ?" and aku macam biasa la "hawau , begau , ulau melengkau atas pagau" -.-' 

6. Kitorang budak sains yang da curang dengan sains . Masa SPM both of us amik bio , physics , chemist tapi start matrix amik akaun sebab da tawar hati ngan sains kononnyaaa :D . and now bebell amik Finance and Islamic Banking *kalau aku tak silap la* and aku amik Finance :) eyh , sama lagi !!

bukti yang kitorang classmate :D HAHA . me in pink ,
bebell yang depan sekali tu :)

7. Masa matriks , kitorang selalu tak siap keje . *jangan tiru aksi ini di mana jua anda berada* . masuk je tutor , mesti "bell , kau da siap ? belum ? aku ponnn ." da la presentation 1 group . kalau bebell tak reti nak bebel apa , bebell tolak dak mira ni ha suruh explain . kalau dak mira tak reti , mira tarik bebell pulak suruh explain . kalau dua² tak reti , tira jadi mangsa . HAHA . eyh jap , tira ke lagi sorang budak group kita tu ? -.-' *aku lupa . and ............ kitorang suka tido kbai . ×_×

oke . da. cukup la tu 7 je . penat aku perah otak tau ni . lagipon 7 ni nombor favourite akuuu ! HAHA . oke bell , aku harap kau akan berjaya di masa akan datang , Semoga kau jumpa jodoh kau and pls setia pada yang 1 , May Allah bless ur life and the most important thing : jangan lupakan aku , jangan lupakan A2P3 :) 

I LOVE U mmmmuuuuuaaahhhh mmmmmuuuuuaaaahhhh ! ;) 




0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, February 4, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL :)

Posted by mira sulaiman at 6:57 AM







Hai awak semuaaaa . sebelum baca entry ni , boleh tak tolong pause-kan lagu tu ? sorry , lagu tu agak tak sesuai dengan entry kali ni . if malas nak carik button pause , korang boleh mute-kan lappy korang sekejap ye . oke jom sambung . 1st skali , i wanna wish Salam Maulidur Rasul :) . tau kan esok birthday Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ? tak tau takpe , let me tell u . Haih . aku ni tak de la pandai sangat bab² agama ni tapi as a Muslim , aku rasa lagi bagus korang kat luar sana hebohkan pasal Maulidur Rasul ni daripada hebohkan apa hari kekasih la bagai . berdosa kot sambut hari kekasih tu . lagi banyak pahala if kita sambut hari lahir kekasih Allah ni :) . 

Semalam , aku de tengok cerita Al-Kuliyyah . and ustaz tu cerita pasal masa zaman Nabi Muhammad S.A.W hidup , semua orang sayang kan baginda . yang segarang² manusia , boleh jadi se-penyayang² manusia . sekeras² hati manusia boleh jadi selembut² hati manusia . kalau aku tak silap (sory , if aku silap tolong betulkan) masa Nabi Muhammad S.A.W wafat , sahabat Rasulullah - Saidina Umar Al-Khatab tak boleh terima kenyataan sampai cakap "sesiapa yang cakap Rasulullah da wafat , dia boleh lihat macam mana kepala terpenggal dari jasadnya" . till 1 hari Saidina Abu Bakar sampaikan khutbah Jumaat (aku tak berapa ingat apa yang dia cakap , aku just ingat 1 benda) , Saidina Abu Bakar cakap "barang siapa yang menyembah Nabi Muhammad S.A.W , sesungguhnya baginda telah wafat tapi barang siapa yang menyembah Allah , Allah tetap / masih hidup dan takkan mati" . dan lepas Saidina Umar dengar tu , beliau terus sujud , menangis sambil cakap "Nabi Muhammad sudah wafat" sebanyak 3 kali .







Tak cukup lagi tu , sahabat Rasulullah - Bilal bin Rabah , selepas je kewafatan Rasulullah , beliau terus kemas barang sume and berhijrah ke Syria . Beliau bawa diri sebab terlampau sedih . dan masa zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khatab , Saidina Umar tanya sahabat² , "di mana Bilal" & sahabat² jawab " ada di Syria , Ya Amirulmukminin" . lepas tu , Saidina Umar terus ke Syria n bjumpa dgn Bilal . masa tu waktu Zuhur . Saidina Umar suruh Bilal bin Rabah tolong azankan sebab semua orang rindu nak dengar alunan azan dari Bilal bin Rabah . tapi Bilal geleng kepala dan cakap bahawa beliau bilal di zaman Rasulullah , bukan di zaman selain Rasulullah . Selepas itu , Hassan dan Hussin datang meminta Bilal bin Rabah untuk azan sebab mereka rindukan alunan azan Bilal . Lalu Bilal mencium kedua² mereka dan berkata "kerana kamu lah kecintaan Rasulullah dan oleh kerana aku cintakan Rasulullah , aku akan mengalunkan azan pada hari ini" . dan pada ketika Bilal sebut الله أكبر الله أكبر , seluruh penduduk terdiam . Kali kedua Bilal sebut الله أكبر الله أكبر , bercucuran air mata para sahabat :') .  mereka merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu .  Bilal kemudiannya menyebut  أشهد أن لا إ له إلا الله , dan bila Bilal sebut   أشهد أن محمدا رسول الله , Beliau terus terduduk dan menangis teresak² . Para sahabat datang usap² Bilal , tanya kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah . Dan sewaktu aku menyebut   أشهد أن محمدا رسول الله aku seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama² kita" . Wallahualam .

Pernah tak kita rindukan Rasulullah sampai macam tu sekali ?? (i'm talking to myself too) . Bukan nak kata apa tapi based on apa yang aku selalu tengok , kadang² ada tu sampai update status kat fb "tiada siapa yang boleh memisahkan aku dan boyfie/girlfie aku melainkan ajal dan maut" . haih . malu sebnarnya nak baca status cenggini . buat kembang tekak je . erm dear , jodoh , ajal , maut kan di tangan Tuhan . U have no right to say like that . bercinta menunjuk² sangat kat fb kononnya kau sorang je ada bf/gf . tapi kenapa kau tak bangga yang kau ada Rasulullah macam mana kau bangga yang kau ada bf handsome/ gf cantik ? Aku cakap kat diri aku sendiri jugak . Sorry to say , tapi cinta Rasulullah is not just about pergi berarak Maulidur Rasul , or say 'I love Rasulullah' . cinta bukan melalui pertuturan semata tapi lebih kepada perbuatan . bear in mind :) . amalkan sunnah Rasulullah S.A.W , selawat ke atas Rasulullah S.A.W , itu lagi bagus . sekali kita berselawat , 10 kali Allah sebut nama kita . so , renung² kan dan selamat beramal =) 

Assalamualaikum :)

p/s : sorry if ada tersilap cakap , terkasar bahasa . kalau ada silap , tolong betulkan . i know i'm not perfect . mungkin saya tak layak nak bagi nasihat , tapi bukankah sesama umat Islam tu perlu saling ingat-mengingati ? 

0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, February 2, 2012

wordless friday #1

Posted by mira sulaiman at 9:02 PM



dont make a promise if u cant fulfill the promise . #justsaying . kbai -.-' 
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

Posted by mira sulaiman at 7:58 PM

hooiii readersss ! ape kabau ?? *ahh dan dan je keluar kabau aku tu . tau kan aku ni orang Melaka ?? yeahh Melaka sejati kot . seriously sejati *muka serius . siapa kenal aku , tau betapa Melaka nye aku . #eh ? haih tapi sayangggg *sambilnyanyilagucintatigasegi* , tempat² bersejarah la bagai kat Melaka tu aku tak abis round lagi pon . dipendekkan cerita , jumaat malam minggu lepas , aku pergi ngan family naik River Cruise saje kononnyaaa :) 



ni masa tengah beratur , sempat capture gambar hotel apa nta nama dia tapi sumpah style seyh hotel ni . macam hotel 5 bintang pon ada jugak .


aku baru tau , pokok melaka rupa dia cenggini . pffft . Melakanyaaaa aku ni ha . da umur 2o baru kenal pokok melaka . kalau parameswara tau pasal aku , mampus aku kena tendang dalam sungai melaka macam yang anjing putih tu tendang kancil parameswara . *eyh betol ke sejarah aku ni ??


see ? ramai kan orang ? btw , ni la view hotel tu dari depan . Ha , Casa Del Rio kot kalau tak silap aku nama hotel ni . KALAU tak silap laaa . >_<



ha , yang ni pulak kincir air pe nta . aduihh ape ke bangang benau aku ni ? penat orang tu explain tapi cepat je aku lupa kan ? dushhh dushhh *ketukkepalasendiri .


muka takde lagi berkilat ?? -.-'
bila aku tengok gambar ni , automatically aku nyanyi kat ayah aku "tanya sama ayah , apa sebab gambar jadi cenggini" , "jawab ayah tak reti capture" *tone lagu pokok . -.-' gambar aku jadi setengah . oke aku tak puas hati . eyh btw , meet my adik yang sebelah aku tu .



see belakang tu gambar kapal samudera tuh ? style kan ? oke , ni baru lepas naik river cruise tu . kepala tengah ting tong so lepak sini jap . oke , dats my akak ,adik and my mom . ye , muka aku macam terlebih excited kan ? tau da >_<! eyh mana ayah akuuu ? ouh pergi berry mungkin ?




taraaaaa ! ayah gua da muncul !! HAHA parents saya tak reti senyum depan camera ala² retis . mereka hanya senyum depan anak mereka je . harap maklum . HAHA kbai . will continue to MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH Part 2 soon !! :) thanks for readinggg !

p/s : tambang nak naik River Cruise = RM10 sorang .

0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

ME LUV 2PM !!

Posted by mira sulaiman at 6:43 AM





hai readersss !! kenal kan this k-pop group ?? kenal kan ?? if tak kenal , means korang bukan die-hard-fans kpop la kot . #sorrytosay . btw , me tau lain orang lain artis yang dia minat so guys if korang minat 2PM , or if rasa nak tolong , tolong vote-kan 2PM untuk Anugerah Artis/Selebriti Asia Paling Popular ABPBH . tolong tau tau . kerjasama anda amat dihargai . siapa yang nak vote , boleh klik sini . :)



p/s : saya kipas-susah-mati 2PM . harap maklum :)
0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

About Me

My photo
mira sulaiman
student of uitm campus arau :) course: bachelor of business administration of finance =) . me ? jenis kuat bercakap kalau de geng , kalau xde geng mmg org ingt saya pendiam :D
View my complete profile

Pages

  • Home

Lee Min Ho Suke Blog Saya!

Lee Min Ho Widget Malay Version

Daughter of Mr. Sulaiman .

Daughter of Mr. Sulaiman .

Blog Archive

  • ►  2013 (2)
    • ►  January (2)
  • ▼  2012 (14)
    • ►  July (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ▼  February (5)
      • HAPPY BIRTHDAY BEBELLLLL !
      • SALAM MAULIDUR RASUL :)
      • wordless friday #1
      • MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
      • ME LUV 2PM !!
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (112)
    • ►  December (10)
    • ►  November (9)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (17)
    • ►  July (8)
    • ►  June (6)
    • ►  May (18)
    • ►  April (10)
    • ►  March (13)
    • ►  February (5)
  • ►  2008 (3)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)

followers

my favourite blogs ^_^

  • Fatin Liyana
    Cara Atasi Susu Badan Terlalu Banyak (How to overcome oversupply of breast milk)
    6 years ago
  • The Life of Saz
    vice versa
    6 years ago
  • SNSD Korean
    10th Anniversary Approaching, the True Meaning Behind Girls’ Generation’s Name
    8 years ago
  • Tiara Fazlin
    Handphone itu dadah yang merbahaya
    9 years ago
  • izaryda yasin =)
    cubaan...satu..dua..tiga..
    12 years ago
  • IamHotWalkerz By CikSara
    *[Eng Sub] JayPark @ Saturday Night Live (SNL) Korea Episode 13*
    12 years ago
  • C` Ayob -Ilmu Asas Hidup
  • she is EIEN RAZAK
  • Dunia Seorang Remaja

they are my friendsss ! :)

  • mine and your world !
    Download MP3 - TOLONG Uut Permatasari , karya Imam Joend
    6 years ago
  • Cahaya Hati :)
    Masanya..belum tiba.
    10 years ago
  • ain farhana fauzi
    Final Piala Malaysia
    12 years ago
  • believe in style : asukajae hallyu and me keep in ONE!!!!!
  • Nursyazwani Abdul Rahman
  • baca dan senyum
  • shahfiqahrosli
  • my storymory :)
  • NOBODY IS PERFECT AND I'M NOBODY :)

TIME IS MONEY :)

Clock Widgets
Cuteki free cards
Cuteki cute & kawaii

ANNYONGHASAEYO :)

GOSSIP sana sini =)

nak shopping online takkk ?

MEYH LA BORAK² !

MY VISITORS .

JUST ASK ME AND I'LL ANSWER U .



glitter-graphics.com

HEAR ME :)

Picture Window theme. Powered by Blogger.