hehoi . seriouslyyy aku tengah bosan ni . yeah . nk tau sebab pe ? sebab uitm ni macam da mati , sunyi gilaaaaa . takde orang weyh . yela , kan bdk dip tengah cuti , lepas tu ada la jugak budak degree yg balik cuti krismas even diorang x sambut pon krismas :D waddefish . kalau previous entry aku de cte pasal bila budak dip masuk kan ? now aku nak buat entry pasal bila diorang takde kat uitm ni . 1. aku bukak je mata tengok tingkap , haih . 1 umat pon takde bersiar² kt jalan tu . pelikkk . selalu kalu budak dip ada , aku siap gelak² lagi sebab tengok diorang pergi kelas da mcm de maulidur rasul je . kemain ramai berarak *betul ke perkataan berarak tu*
2. macam biasa la , kedai kt mushroom sume tak bukak . eyh bukan setakat mushroom , dengan kedai² makan sekali tak bukak . apa yang bukak ? mulut kitorang yang terbukak tengok 'keajaiban' ni -___-
3. oke yg ni best . kalau lalu kat mushroom tu nampak tenang je . x de umat pon yang berdating . huhhh . lega sikit mata aku . kalau masa diorang de , mata aku manjang je nak tenung diorang , nak mengutuk sepatah dua >_< biasa la kan ? HAHA
4. budak degree kebulor la weyhhhhh ! kalau da 1 kedai makan pon tak hidup , celah mana pulak budak degree nak carik makanan ? de 2 choice je : call teksi pastu kuar makan kt pekan or keluarkn mi kegemaran ramai *tangan dibahu mata ke atas* and rendam dgn air panas + serbuknyaaa . hari² makan megi , boleh gila tauuu ?
5. dinner kat kedai lua . yela , kedai luar tu pon sama je mcm uitm . bila budak Dip x de , kedai pon bukak 1-2 je . tu pon mcm nk tak nak je bukak . lampu sikit punya 'terang' . aihh . kesian kitorang kena menapak jauh² semata mata untuk sesuap nasi #ayatsadis
6. kalau lepas makan dari kedai lua , perjalanan nak sampai kolej balik , de la dlm 3o minit . bhahaha . mana taknyer , dgn borak² , bergelak ketawa , bergurau senda la bagai . siap boleh main catwalk and amik gmbr kt tengah² jalan . kalau budak dip ade , kejapan je da sampai kolej . ye la , lambat sikit jalan , da kena 'hon' dengan org belakang . pffft .
7. tahap ketakutan yg melampauuuu . yela , malam² kemain sunyi lagi . bila da sunyi , time tu la nak terpikir antu karak la , antu ju-on la pe . silap² kena tahan kencing sampai esok subuhhh :D haha *nasib baik aku berani bangun subuh*
8. azan pon macam biskut tauuu . kadang² de azan , kadang² tak de . haihhh . ade sekali tu , aku ni duduk la tggu bila nak azan . da nk dekat ½ jam , baru aku teringat budak dip cuti . so probability utk tak dengar azzan sgt tinggi . *perlu ke masukkan psl probability?* -__-
9. mesin ATM lengang weyhhh ! lagi² kt bank islam tu . kalau budak dip ada , err kemain susah nak tengok orang tak beratur nak keluarkan duit . bila diorg tak de , aku boleh keluar masukkan duit 9-10 kali dlm masa 1 minit . HAHA
oke aku da takde idea nak tulis pe . tension bebenau aku bila tengok unsur² ketidakadilan di sini ye . HAHA . patutlaaa budak dip besa² and budak degree kecik² . rupanya sebab budak degree selalu tension rupanya :D da la , kbai .
p/s : jangan nak amik serious sgt la dgn pe yg aku tulis ni . ni kenyataan dalam nada gurauan ye . harap maklum :) watlek watpeace