-->
NUR AMIRAH SULAIMAN :)

Monday, April 18, 2011

PERKARA YANG LELAKI SUKA TENTANG WANITA :)

Posted by mira sulaiman at 1:10 AM
oke . tbe2 lak kn rse nk tau psl perempuan cmne yg lki ske . hihi . finally i've found it . 23 things a man love about US . oke2 . girls out there , take note kay ? >_<


1. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.



2. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.
3. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.
4. Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.
5. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.
6. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran ‘manja’ yang anda miliki.
7. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.
8. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.
9. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.
10. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.
11. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.
12. Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.
13. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.
14. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.
15. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

16. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.
17. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.
18. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.
19. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.
20. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.
21. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.
22. Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.
23. Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

2 comments:

Anif Abdullah| AA said...

very gud info :)

ada entry pasal(men)polka dot,here,
http://neracaparadigma.blogspot.com/

May 1, 2011 at 5:02 AM
mira sulaiman said...

thanks :) do follow me .

June 25, 2011 at 8:17 AM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

About Me

My photo
mira sulaiman
student of uitm campus arau :) course: bachelor of business administration of finance =) . me ? jenis kuat bercakap kalau de geng , kalau xde geng mmg org ingt saya pendiam :D
View my complete profile

Pages

  • Home

Lee Min Ho Suke Blog Saya!

Lee Min Ho Widget Malay Version

Daughter of Mr. Sulaiman .

Daughter of Mr. Sulaiman .

Blog Archive

  • ►  2013 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (14)
    • ►  July (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (5)
    • ►  January (3)
  • ▼  2011 (112)
    • ►  December (10)
    • ►  November (9)
    • ►  October (6)
    • ►  September (10)
    • ►  August (17)
    • ►  July (8)
    • ►  June (6)
    • ►  May (18)
    • ▼  April (10)
      • bakso sedappp ! (^_^)
      • my favourite food . =)
      • yoona . yea cute !
      • yeah . suke suke ! =)
      • cuti . so what ?
      • PERKARA YANG LELAKI SUKA TENTANG WANITA :)
      • YOU ARE MY ONE AND ONLY . I SWEAR .
      • saya sayang kawan saya .
      • FINAL mood =,=!
      • justin bieber
    • ►  March (13)
    • ►  February (5)
  • ►  2008 (3)
    • ►  June (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)

followers

my favourite blogs ^_^

  • Fatin Liyana
    Cara Atasi Susu Badan Terlalu Banyak (How to overcome oversupply of breast milk)
    6 years ago
  • The Life of Saz
    vice versa
    6 years ago
  • SNSD Korean
    10th Anniversary Approaching, the True Meaning Behind Girls’ Generation’s Name
    8 years ago
  • Tiara Fazlin
    Handphone itu dadah yang merbahaya
    9 years ago
  • izaryda yasin =)
    cubaan...satu..dua..tiga..
    12 years ago
  • IamHotWalkerz By CikSara
    *[Eng Sub] JayPark @ Saturday Night Live (SNL) Korea Episode 13*
    12 years ago
  • C` Ayob -Ilmu Asas Hidup
  • she is EIEN RAZAK
  • Dunia Seorang Remaja

they are my friendsss ! :)

  • mine and your world !
    Download MP3 - TOLONG Uut Permatasari , karya Imam Joend
    6 years ago
  • Cahaya Hati :)
    Masanya..belum tiba.
    10 years ago
  • ain farhana fauzi
    Final Piala Malaysia
    12 years ago
  • believe in style : asukajae hallyu and me keep in ONE!!!!!
  • Nursyazwani Abdul Rahman
  • baca dan senyum
  • shahfiqahrosli
  • my storymory :)
  • NOBODY IS PERFECT AND I'M NOBODY :)

TIME IS MONEY :)

Clock Widgets
Cuteki free cards
Cuteki cute & kawaii

ANNYONGHASAEYO :)

GOSSIP sana sini =)

nak shopping online takkk ?

MEYH LA BORAK² !

MY VISITORS .

JUST ASK ME AND I'LL ANSWER U .



glitter-graphics.com

HEAR ME :)

Picture Window theme. Powered by Blogger.