Hai awak semuaaaa . sebelum baca entry ni , boleh tak tolong pause-kan lagu tu ? sorry , lagu tu agak tak sesuai dengan entry kali ni . if malas nak carik button pause , korang boleh mute-kan lappy korang sekejap ye . oke jom sambung . 1st skali , i wanna wish Salam Maulidur Rasul :) . tau kan esok birthday Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ? tak tau takpe , let me tell u . Haih . aku ni tak de la pandai sangat bab² agama ni tapi as a Muslim , aku rasa lagi bagus korang kat luar sana hebohkan pasal Maulidur Rasul ni daripada hebohkan apa hari kekasih la bagai . berdosa kot sambut hari kekasih tu . lagi banyak pahala if kita sambut hari lahir kekasih Allah ni :) .
Semalam , aku de tengok cerita Al-Kuliyyah . and ustaz tu cerita pasal masa zaman Nabi Muhammad S.A.W hidup , semua orang sayang kan baginda . yang segarang² manusia , boleh jadi se-penyayang² manusia . sekeras² hati manusia boleh jadi selembut² hati manusia . kalau aku tak silap (sory , if aku silap tolong betulkan) masa Nabi Muhammad S.A.W wafat , sahabat Rasulullah - Saidina Umar Al-Khatab tak boleh terima kenyataan sampai cakap "sesiapa yang cakap Rasulullah da wafat , dia boleh lihat macam mana kepala terpenggal dari jasadnya" . till 1 hari Saidina Abu Bakar sampaikan khutbah Jumaat (aku tak berapa ingat apa yang dia cakap , aku just ingat 1 benda) , Saidina Abu Bakar cakap "barang siapa yang menyembah Nabi Muhammad S.A.W , sesungguhnya baginda telah wafat tapi barang siapa yang menyembah Allah , Allah tetap / masih hidup dan takkan mati" . dan lepas Saidina Umar dengar tu , beliau terus sujud , menangis sambil cakap "Nabi Muhammad sudah wafat" sebanyak 3 kali .
Tak cukup lagi tu , sahabat Rasulullah - Bilal bin Rabah , selepas je kewafatan Rasulullah , beliau terus kemas barang sume and berhijrah ke Syria . Beliau bawa diri sebab terlampau sedih . dan masa zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khatab , Saidina Umar tanya sahabat² , "di mana Bilal" & sahabat² jawab " ada di Syria , Ya Amirulmukminin" . lepas tu , Saidina Umar terus ke Syria n bjumpa dgn Bilal . masa tu waktu Zuhur . Saidina Umar suruh Bilal bin Rabah tolong azankan sebab semua orang rindu nak dengar alunan azan dari Bilal bin Rabah . tapi Bilal geleng kepala dan cakap bahawa beliau bilal di zaman Rasulullah , bukan di zaman selain Rasulullah . Selepas itu , Hassan dan Hussin datang meminta Bilal bin Rabah untuk azan sebab mereka rindukan alunan azan Bilal . Lalu Bilal mencium kedua² mereka dan berkata "kerana kamu lah kecintaan Rasulullah dan oleh kerana aku cintakan Rasulullah , aku akan mengalunkan azan pada hari ini" . dan pada ketika Bilal sebut الله أكبر الله أكبر , seluruh penduduk terdiam . Kali kedua Bilal sebut الله أكبر الله أكبر , bercucuran air mata para sahabat :') . mereka merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal kemudiannya menyebut أشهد أن لا إ له إلا الله, dan bila Bilal sebutأشهد أن محمدا رسول الله, Beliau terus terduduk dan menangis teresak² . Para sahabat datang usap² Bilal , tanya kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah . Dan sewaktu aku menyebutأشهد أن محمدا رسول اللهaku seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama² kita" . Wallahualam .
Pernah tak kita rindukan Rasulullah sampai macam tu sekali ?? (i'm talking to myself too) . Bukan nak kata apa tapi based on apa yang aku selalu tengok , kadang² ada tu sampai update status kat fb "tiada siapa yang boleh memisahkan aku dan boyfie/girlfie aku melainkan ajal dan maut" . haih . malu sebnarnya nak baca status cenggini . buat kembang tekak je . erm dear , jodoh , ajal , maut kan di tangan Tuhan . U have no right to say like that . bercinta menunjuk² sangat kat fb kononnya kau sorang je ada bf/gf . tapi kenapa kau tak bangga yang kau ada Rasulullah macam mana kau bangga yang kau ada bf handsome/ gf cantik ? Aku cakap kat diri aku sendiri jugak . Sorry to say , tapi cinta Rasulullah is not just about pergi berarak Maulidur Rasul , or say 'I love Rasulullah' . cinta bukan melalui pertuturan semata tapi lebih kepada perbuatan . bear in mind :) . amalkan sunnah Rasulullah S.A.W , selawat ke atas Rasulullah S.A.W , itu lagi bagus . sekali kita berselawat , 10 kali Allah sebut nama kita . so , renung² kan dan selamat beramal =)
Assalamualaikum :)
p/s : sorry if ada tersilap cakap , terkasar bahasa . kalau ada silap , tolong betulkan . i know i'm not perfect . mungkin saya tak layak nak bagi nasihat , tapi bukankah sesama umat Islam tu perlu saling ingat-mengingati ?
No comments:
Post a Comment